Tuesday, November 8, 2011

Terperangkap Dalam Memori

Salam Sejahtera dan Salam AidilAdha buat semua. Agak lebih dari sebulan tidak update artikel di sini. Maaf atas urusan yang tak dapt dielakkan. Pun begitu masih aktif dalam menjalankan terapi dan juga terapi jarak jauh.

Kali ini saya ingin berkongsi tentang suatu kejadian atau perkara yang kadang -kala kita sendiri tidak terfikirkannya namun boleh terjadi. Kisah ini berkisar tentang seorang pemuda yang sudah bekerja namun dia sering merasakan bahawa tidak semangat, kurang yakin dan adakalanya seperti dibenci oleh orang sekeliling. Hari demi hari untuk ke tempat kerja pun kurang semangat.

Lalu datang untuk mendapatkan rawatan. Seperti yang dijanjikan beliau datang bertemankan seluruh anggota keluarga , terdiri daripa ayah, ibu , abang dan kakak ipar beliau. Alhamdulilah syukur memiliki ahli keluarga yang begitu perihatin. Setelah mendapat serba sedikit penerangan daripada beliau dan keluarga, saya pun mulakan terapi Reiki dan berbekalkan doa dan tawakal saya mohon pada Tuhan agar dibantu kelancaran proses terapi ini.

Semasa saya merawat dibahagian 'crown chakra' atau lapisan bahagian kepala berdekatan ubun-ubun, saya merasakan bahawa seolah-olah beliau mengalami satu situasi yang berulang-ulang dan tiada kesudahan. Saya terus merawat bahagian tersebut dan cuba untuk menstabilkan chakranya dan diikuti dengan bahagian yang lain. Selesai saja sesi rawatan saya bertanyakan tentang sebarang trauma atau situasi yang mungkin kurang menyenangkan beliau atau mungkin yang menakutkan beliau.

Beliau hanya tunduk dan meminta ibu beliau sahaja yang memberikan penjelasan. Ibunya menceritakan bahawa beliau sejak kecil suka berkecil hati dan tidak berpuas hati atas pencapaian abangnya atau apa saja perhatian ibu bapanya terhadap abangnya itu. Jika diberi hadiah pun masih merasakan hadiahnya kurang hebat berbanding abangnya. Jadi perkara ini sentiasa direngekkan dan berulangkali bermain difikiran beliau. Sehinggalah beliau dewasa dalam minda beliau , beliau masih berfikiran keanakan seperti kanak-kanak sepuluh tahun yang berkecil hati dan merasakan diri tidak sehebat si abang gara-gara si abang sering mendapat pencapaian lebih baik dari beliau.

Kini walau pun sudah peringkat dewasa, memori tersebut masih segar dan sering berulangkali bermain di fikiran beliau bahawa beliau lemah, tidak hebat dan menjadikan beliau tidak berkeyakinan terhadap diri sendiri. Lebih memudaratkan lagi ianya menyebabkan rasa tidak senang atau kurang perasaan sayang dalam diri beliau terhadap orag persekitaran. Beliau lebih suka mengasingkan diri dan mempunyai pemikiran yang sering negatif terhadap diri sendiri.

Alhamdulilah, setelah menjalani sesi terapi saya mendapat maklumbalas yang positif daripada ibunya yang memberitahu telah ada perubahan positif dalam diri beliau. Melalui sesi Reiki, segala memori negatif tersebut telah dirawat dengan memutuskan dari kotak pemikiran beliau dan terus mengalirkan tenaga positif dan mengembalikan seratus peratus diri beliau dalam kehidupan masa sekarang. Wallahualam.

No comments:

Post a Comment