Thursday, April 14, 2011

The New Look!

Salam ceria dan salam sihat buat semua!

* Berikut adalah wajah baru bilik terapi yang kami sediakan buat anda client yang dihargai sekelian.
* Ubahsuai ini untuk memberi sentuhan lebih tenang, harmoni dan membantu sewaktu sesi terapi dilaksanakan.

  • MARI SEMUA SILA HADIRKAN DIRI UNTUK MENGALAMI SENDIRI PENGALAMAN TENANG DAN SIHAT BERSAMA REIKI!!!
 

Wednesday, April 13, 2011

Program Air


Salam Syukur buat semua...


  • Sedang saya menulis ini sebenarnya saya sedang menunggu salah seorang client yang akan datang sebentar lagi. Client ini seorang yang muda dan tubuh kelihatan sihat. Cuma beliau merasakan seperti tidak tenang dan sering sukar tidur. Pernah mendapatkan rawatan dibeberapa tempat dan ada yang melabelkan katanya dia berkelakuan demikian akibat saka yang tidak pulak diterangkan secara terperinci bagaimana atau apa. Beliau telah datang menemui saya dan ingin mendapatkan rawatan Reiki dengan sempurna namun beliau masih belum kecukupan wang dan ingin menunggu cukup bulan. Lalu apa yang harus dilakukan sementara nak cukup bulan? Saya berkata padanya , paling senang yang dapat saya tolong ialah programkan air untuk minum. Bawa air dan saya akan programkan secara percuma sahaja. Bukan saya taknak menolong utk membuat rawatan dahulu dan memberi kredit padanya, namun amalan kredit ini agak kurang sesuai dalam pertukaran energi perubatan dan sekiranya ingin baik sepenuhnya perlu ada kifarah atau fidyah untuk diri sendiri. Pun begitu tanpa pengetahuannya saya juga menyalurkan energi penyembuhan secara jarak jauh dengan niat penyembuhan umum agar dia lebih stabil untuk datang mendapatkan rawatan nanti.



  • Berbalik pada cerita program air tadi, setelah habis sebotol air diminumnya beliau rasa ada sedikit perubahan dalam dirinya, lebih 'grounded'... maka sebab itu dia ingin datang dan mendapatkan lagi air untuk diprogram. Wallahulalam..sebagai 'healer' saya cuma berusaha utk menyalurkan tenaga penyembuhan reiki iaitu tenaga cahaya pada air tersebut dan disamping kalimah-kalimah suci , dengan izinNya saya mohon agar terjadilah perubahan molekul-molekul air tersebut kepada molekul penyembuhan dan dapat membantu client saya ini.



Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Reiki dan lain-lain boleh hubungi kami di 03-22834567 / 019-2696729....



-Master Nurul-