Wednesday, January 25, 2012

Reiki Jarak Jauh Kaki Patah

Salam buat semua.

Hari ini saya ingin berkongsi satu kisah perawatan secara jarak jauh. Seorang kakak kepada rakan yang berada di luar Kuala Lumpur telah ditimpa musibah terjatuh dan kakinya telah disahkan patah oleh doktor.
Pada hari kejadian itu saya telah dihubungi dan diminta agar sama-sama dapat membantu menenangkan dan merawat keadaan kaki beliau.

Gambar x-ray dikirim secara mms ke handphone saya . Seperti biasa setelah saya scan , dan beberapa kali memastikan keadaan kaki beliau, lalu saya mulakan rawatan jarak jauh. Dengan niat mengalirkan tenaga penyembuhan dari Maha Pencipta, saya mengimaginasikan bahawa tulangnya yang retak dan patah disatukan kembali. Beberapa kali saya lakukan dan dalam hati tak putus berdoa agar proses penyembuhan berlaku dengan kadar segera dan tidak menyulitkan beliau.

Alhamdulilah sejak daripada dibalut di hospital hinggalah hari-hari berikutnya beliau tidak merasa langsung akan denyutan atau kesakitan. Beliau juga turut hairan kerana tidak merasa kesakitan dan malam tersebut beliau boleh berehat dan tidur seperti biasa.



Alhamdulilah kini beliau beransur pulih dan didoakan agar segera dapat berjalan seperti biasa. Ya, saya masih melakukan proses healing jarak jauh secara berkala pada beliau.

Tuesday, December 27, 2011

Tentukan Hala Tuju Mu

Banyak perkara dalam hidup ini berlaku dalam diri setiap dari kita. Ada yang menggembirakan dan ada yang menyedihkan. Pada kebiasaannya , apabila kita diuji dengan rasa kecewa, patah semangat, pedih , luka dan kesepian. Ditambah dengan kesempitan hidup, diri tiada berpelajaran tinggi, bagai nasib merempat dijalanan, fikiran buntu seolah Tuhan juga tidak mengasihi diri.

Sedarlah! Bangunlah! Sebenarnya ia bukan penamat pada kisah kehidupan anda. Anda rasa anda begitu punah akibat tekanan hidup yang anda rasa, namun lebih ramai lagi yg merasai kedukaan dan lara yang lebih lagi dari anda. Adakah anda begitu merempat seperti terpaksa makan siput babi seperti yang pernah disiarkan dlm rancangan Bersama Mu di tv3 dulu? Jika anda masih belum begitu, maka bangunlah!

Usahlah terus-terusan kecewa dalam ujian hidup anda. Terima bahawa ini kenyataan hidup yang Tuhan mahu anda lalui. Ok , lalui dia dengan fikiran lebih terbuka, dan tenang. Terima keadaan itu, dan fikirkan setiap peluang dan jalan yang boleh anda laksanakan dari setiap penjuru kotak pemikiran anda terhadap situasi anda. Ayuh! usah ragu teruskan fikir apa yang anda boleh lakukan.

Boleh berjaya atau tidak adalah perkara kedua. Yang penting lakukan sesuatu utk keluar dari permasalahan anda. Kalau gagal, hei apa lagi yang boleh anda rasakan.. memang kesempitan namun gagal mencuba lain dengan gagal sambil berduka lara tanpa buat apa-apa dan hanya bersedih dan lara sahaja.

Tatik nafas dalam-dalam..tennagkan fikiran, lihat keliling, nafas anda masih ada, penglihatan anda masih jelas, pendengaran anda masih kuat, suara anda sikit pun tak terjejas maka syukurilah ia akan kuasa Maha Pencipta.

Banyakkan lihat sekeliling, banyakan berlapang fikiran, barulah idea baru masuk.Barulah ada ruang untuk penyelesaian kepada masalah anda datang. Emosi tertekan? lepaskan segala kenangan pahit manis yang mencengkam.Sudah sudahla menderita dan bersedih. Bangun dan serahlah diri pada persekitaran yang harmoni.

Ambillah langkah berani untuk berubah, untuk memperaiki diri, teruskan otak dan pemikiran berkerja lebih kreatif, lebih gigih utk jalan penyelsaian, Insyaallah Nur itu akan hadir andai kita usaha dan berserah. Tuhan tidak akan menguji lebih dari apa yang kita mampu harunginya. Yang penting, kita perlu ubah sikap, jgn berterusan bersedih dan berada pada lembah kemurungan.

Untuk mengawal pemikiran dari terus terusan negatif, maka awasilah apa yang anda rasa. Sesungguhnya aa yang anda rasa itulah apa yang anda fikirkan. Kawal hidup anda, kawal tubuh badan anda, kawal fikiran anda, anda khalifah, anda boleh menerajui hidup sebgaimana yang anda mahukan. Tulislah ia , catatlah ia di mana mana agar anda tahu apa yang anda mahu.

Insyaallah dgn sedikit usaha anda akan peroleh lebih ganjaran daripada anda tidak berusaha langsung dan terus terperangkap dlm apa jua masalah anda. Tak salah kalau perlu meminta minta, tak salah kalau perlu merendah diri serendah rendahnya...cuma mintalah pada Yang Maha Kaya dan rendahlah pada Yang Maha Tinggi...

Untuk semua, saya doakan energi sukses, makumur, kecintaan, keharmonian terus terusan bersama anda.Lalu sudi sudikan mendoakan saya begitu jua.

Tuesday, November 8, 2011

Terperangkap Dalam Memori

Salam Sejahtera dan Salam AidilAdha buat semua. Agak lebih dari sebulan tidak update artikel di sini. Maaf atas urusan yang tak dapt dielakkan. Pun begitu masih aktif dalam menjalankan terapi dan juga terapi jarak jauh.

Kali ini saya ingin berkongsi tentang suatu kejadian atau perkara yang kadang -kala kita sendiri tidak terfikirkannya namun boleh terjadi. Kisah ini berkisar tentang seorang pemuda yang sudah bekerja namun dia sering merasakan bahawa tidak semangat, kurang yakin dan adakalanya seperti dibenci oleh orang sekeliling. Hari demi hari untuk ke tempat kerja pun kurang semangat.

Lalu datang untuk mendapatkan rawatan. Seperti yang dijanjikan beliau datang bertemankan seluruh anggota keluarga , terdiri daripa ayah, ibu , abang dan kakak ipar beliau. Alhamdulilah syukur memiliki ahli keluarga yang begitu perihatin. Setelah mendapat serba sedikit penerangan daripada beliau dan keluarga, saya pun mulakan terapi Reiki dan berbekalkan doa dan tawakal saya mohon pada Tuhan agar dibantu kelancaran proses terapi ini.

Semasa saya merawat dibahagian 'crown chakra' atau lapisan bahagian kepala berdekatan ubun-ubun, saya merasakan bahawa seolah-olah beliau mengalami satu situasi yang berulang-ulang dan tiada kesudahan. Saya terus merawat bahagian tersebut dan cuba untuk menstabilkan chakranya dan diikuti dengan bahagian yang lain. Selesai saja sesi rawatan saya bertanyakan tentang sebarang trauma atau situasi yang mungkin kurang menyenangkan beliau atau mungkin yang menakutkan beliau.

Beliau hanya tunduk dan meminta ibu beliau sahaja yang memberikan penjelasan. Ibunya menceritakan bahawa beliau sejak kecil suka berkecil hati dan tidak berpuas hati atas pencapaian abangnya atau apa saja perhatian ibu bapanya terhadap abangnya itu. Jika diberi hadiah pun masih merasakan hadiahnya kurang hebat berbanding abangnya. Jadi perkara ini sentiasa direngekkan dan berulangkali bermain difikiran beliau. Sehinggalah beliau dewasa dalam minda beliau , beliau masih berfikiran keanakan seperti kanak-kanak sepuluh tahun yang berkecil hati dan merasakan diri tidak sehebat si abang gara-gara si abang sering mendapat pencapaian lebih baik dari beliau.

Kini walau pun sudah peringkat dewasa, memori tersebut masih segar dan sering berulangkali bermain di fikiran beliau bahawa beliau lemah, tidak hebat dan menjadikan beliau tidak berkeyakinan terhadap diri sendiri. Lebih memudaratkan lagi ianya menyebabkan rasa tidak senang atau kurang perasaan sayang dalam diri beliau terhadap orag persekitaran. Beliau lebih suka mengasingkan diri dan mempunyai pemikiran yang sering negatif terhadap diri sendiri.

Alhamdulilah, setelah menjalani sesi terapi saya mendapat maklumbalas yang positif daripada ibunya yang memberitahu telah ada perubahan positif dalam diri beliau. Melalui sesi Reiki, segala memori negatif tersebut telah dirawat dengan memutuskan dari kotak pemikiran beliau dan terus mengalirkan tenaga positif dan mengembalikan seratus peratus diri beliau dalam kehidupan masa sekarang. Wallahualam.

Monday, September 5, 2011

Reiki Terapi untuk Peperiksaan

Salam Aidilfitri Syawal 1432...
Alhamdulilah Ramadhan berlangsung dan berlalu dgn tenang dan hikmahnya...kini Syawal menjelang. Ada yang riang , ada yang gembira...namun bagi adik2 kita yang bakal menempuh peperiksaan besar terutama UPSR, PMR, SPM dan sebagainya tentunya agak mendebarkan dan mencemaskan.

Bantu mereka utk lebih cerdas!
Andai kata ada dikalangan anak-anak iaitu pelajar-pelajar kita yang masih kurang yakin, perlukan memori yang lebih kuat utk memahami dan mengingati, perlukan ketenangan dan mahu hilangkan gelisah dan serabut serta pelbagai masalah lagi yang ingin dihindari menjelang peperiksaan yang makin hampir ini, maka janganlah tunggu lama dan segan silu lagi untuk menghubungi kami bagi mendapatkan terapi istimewa utk peperiksaan.

Kami, insyaallah dgn izinNya akan sedaya upaya membantu adik-adik iaitu anak-anak tuan puan sekelian bagi menyiapkan diri dari segi kekuatan minda, ketenangan kerohanian, kesihatan fizikal, dan kegembiraan emosi mereka sewaktu sebelum mahupun semasa menduduki peperiksaan.

Ayuh, jangan tunggu lagi. Tidak salah berusaha lebih sedikit untuk anak-anak anda bagi mencapai keputusan yang cemerlang! Terapi Reiki akan cuba mengharmonikan dan mengimbangi tubuh keseluruhan anak-anak saudara serta akan diiringi tenaga-tenaga positif yang disalurkan untuk kekal positif dan bersemangat juang sewaktu menghadapi peperiksaan. Ia juga dapat membantu mengurangkan rasa cemas serta gugup anak-anak anda.

Kami juga akan fokuskam pada mindanya , pada organ otaknya agar kekal aktif menyalurkan informasi silibus pelajaran yang telah disimpan sewaktu pembelajaran serta selari dgn frekuensi pembuat soalan kertas peperiksaan tersebut. Menarik bukan?

Senang hati sewaktu menjawab!
Ayuh segera hubungi kami bagi temujanji terapi Reiki utk anak anda mahupun secara bersua muka mahupun secara jarak jauh!


HUBUNGI 019-2696729 ATAU 03-22834567 UNTUK SEDIKIT USAHA KE ARAH KECERMERLANGAN ANAK ANDA!!!

Saturday, August 6, 2011

Reiki Untuk Seri Wajah

Salam jelita buat semua..


Sempena menyambut ketibaan Syawal yg akan dtg, maka pasti ramai yang inginkan kelihatan cantik menawan pada hari tersebut. Tahukah anda Reiki juga boleh membantu bagi menaikan lagi semangat dan seri wajah anda agar kelihatan lebih ceria dan menarik? Ya benar!


Anda boleh kelihatan lebih manis, ayu dan berseri di Hari Lebaran! Ayuh tetapkan temujanji anda utk mendapatkan terapi istimewa sempena Ramadhan dan Syawal ini. Selain menaikan seri wajah, anda akan lebih relax, tenang, berkeyakinan tinggi dan berbeza dari biasa. Terapi Reiki membantu melancarkan pengaliran tenaga anda dan menambahbaikkan lagi keadaan atau situasi anda dari segi emosi, fizikal, minda malah juga jiwa anda sendiri.

Terus sahaja hubungi kami SEGERA!!!!
o19-2692729 / 03-22834567

Master Nurulhuda