Salam Sejahtera dan Salam AidilAdha buat semua. Agak lebih dari sebulan tidak update artikel di sini. Maaf atas urusan yang tak dapt dielakkan. Pun begitu masih aktif dalam menjalankan terapi dan juga terapi jarak jauh.
Kali ini saya ingin berkongsi tentang suatu kejadian atau perkara yang kadang -kala kita sendiri tidak terfikirkannya namun boleh terjadi. Kisah ini berkisar tentang seorang pemuda yang sudah bekerja namun dia sering merasakan bahawa tidak semangat, kurang yakin dan adakalanya seperti dibenci oleh orang sekeliling. Hari demi hari untuk ke tempat kerja pun kurang semangat.
Lalu datang untuk mendapatkan rawatan. Seperti yang dijanjikan beliau datang bertemankan seluruh anggota keluarga , terdiri daripa ayah, ibu , abang dan kakak ipar beliau. Alhamdulilah syukur memiliki ahli keluarga yang begitu perihatin. Setelah mendapat serba sedikit penerangan daripada beliau dan keluarga, saya pun mulakan terapi Reiki dan berbekalkan doa dan tawakal saya mohon pada Tuhan agar dibantu kelancaran proses terapi ini.
Semasa saya merawat dibahagian 'crown chakra' atau lapisan bahagian kepala berdekatan ubun-ubun, saya merasakan bahawa seolah-olah beliau mengalami satu situasi yang berulang-ulang dan tiada kesudahan. Saya terus merawat bahagian tersebut dan cuba untuk menstabilkan chakranya dan diikuti dengan bahagian yang lain. Selesai saja sesi rawatan saya bertanyakan tentang sebarang trauma atau situasi yang mungkin kurang menyenangkan beliau atau mungkin yang menakutkan beliau.
Beliau hanya tunduk dan meminta ibu beliau sahaja yang memberikan penjelasan. Ibunya menceritakan bahawa beliau sejak kecil suka berkecil hati dan tidak berpuas hati atas pencapaian abangnya atau apa saja perhatian ibu bapanya terhadap abangnya itu. Jika diberi hadiah pun masih merasakan hadiahnya kurang hebat berbanding abangnya. Jadi perkara ini sentiasa direngekkan dan berulangkali bermain difikiran beliau. Sehinggalah beliau dewasa dalam minda beliau , beliau masih berfikiran keanakan seperti kanak-kanak sepuluh tahun yang berkecil hati dan merasakan diri tidak sehebat si abang gara-gara si abang sering mendapat pencapaian lebih baik dari beliau.
Kini walau pun sudah peringkat dewasa, memori tersebut masih segar dan sering berulangkali bermain di fikiran beliau bahawa beliau lemah, tidak hebat dan menjadikan beliau tidak berkeyakinan terhadap diri sendiri. Lebih memudaratkan lagi ianya menyebabkan rasa tidak senang atau kurang perasaan sayang dalam diri beliau terhadap orag persekitaran. Beliau lebih suka mengasingkan diri dan mempunyai pemikiran yang sering negatif terhadap diri sendiri.
Alhamdulilah, setelah menjalani sesi terapi saya mendapat maklumbalas yang positif daripada ibunya yang memberitahu telah ada perubahan positif dalam diri beliau. Melalui sesi Reiki, segala memori negatif tersebut telah dirawat dengan memutuskan dari kotak pemikiran beliau dan terus mengalirkan tenaga positif dan mengembalikan seratus peratus diri beliau dalam kehidupan masa sekarang. Wallahualam.
Showing posts with label REIKI FOR CONFIDENCE. Show all posts
Showing posts with label REIKI FOR CONFIDENCE. Show all posts
Tuesday, November 8, 2011
Saturday, August 6, 2011
Reiki Untuk Seri Wajah
Salam jelita buat semua..
Anda boleh kelihatan lebih manis, ayu dan berseri di Hari Lebaran! Ayuh tetapkan temujanji anda utk mendapatkan terapi istimewa sempena Ramadhan dan Syawal ini. Selain menaikan seri wajah, anda akan lebih relax, tenang, berkeyakinan tinggi dan berbeza dari biasa. Terapi Reiki membantu melancarkan pengaliran tenaga anda dan menambahbaikkan lagi keadaan atau situasi anda dari segi emosi, fizikal, minda malah juga jiwa anda sendiri.
o19-2692729 / 03-22834567
Sempena menyambut ketibaan Syawal yg akan dtg, maka pasti ramai yang inginkan kelihatan cantik menawan pada hari tersebut. Tahukah anda Reiki juga boleh membantu bagi menaikan lagi semangat dan seri wajah anda agar kelihatan lebih ceria dan menarik? Ya benar!
Anda boleh kelihatan lebih manis, ayu dan berseri di Hari Lebaran! Ayuh tetapkan temujanji anda utk mendapatkan terapi istimewa sempena Ramadhan dan Syawal ini. Selain menaikan seri wajah, anda akan lebih relax, tenang, berkeyakinan tinggi dan berbeza dari biasa. Terapi Reiki membantu melancarkan pengaliran tenaga anda dan menambahbaikkan lagi keadaan atau situasi anda dari segi emosi, fizikal, minda malah juga jiwa anda sendiri.
o19-2692729 / 03-22834567
Master Nurulhuda
Tuesday, August 2, 2011
Tuesday, January 4, 2011
Reiki for Self Confidence
Salam Tahun Baru 2011 buat semua!
Sudah pasti di awal tahun ini semuanya segar dan bertenaga serta aktif menjalani aktiviti harian dan pelbagai rutin semasa. Pelbagai 'task' atau tugasan sudah pasti menanti kita semua bagi menjana rezeki , menjaga bahagia, menjana sihat dan lain-lain lagi.
Namun adakah kita yakin sepenuhnya dgn segala tugas dan amanah yg dipertanggungjawabkan utk kita laksanakan? Adakah kadang-kadang kita merasa was-was? kurang yakin? takut dan tak bersemangat? atau kurang motivasi?
Itu adalah tandanya ada sekatan tenaga pada sistem tubuh yang menghalang dari menjanakan semangat dan 'drive' yang tinggi dalam diri. Tahukah anda bahawa REIKI dapat memecahkan sekatan dan halangan itu ? dan mengembalikan keharmonian pada kawasan tubuh anda yang terdedah pada halangan tersebut.. melalui terapi alami ini jua dpt menyuntik kembali keyakinan, kepercayaan diri dan semangat baru bagi anda menghadapi 'challenge' atau cabaran di tahun ini. Jangan berlengah lagi dan jgn biarkan diri anda dlm belenggu lagi. Hadirkan diri utk rasai pengalaman hebat bersama Reiki.
Tingkatkan pengaliran darah yang baik dalam diri anda, rendahkan tekanan , harmonikan sistem endokrin anda, kemakmuran dlm penghadaman, hilangkan kesakitan pada tulang, sendi, kepala, legakan trauma lepas, masa kini dan risau masa hadapan... percayalah...Anda akan lebih yakin boleh menghadapi apa saja yg mendatang.
Tubuh yang sihat, minda yang tenang, fizikal yang bertenaga, kerohanian yang pasrah..Insyaallah..segalanya pasti mudah... masih ada harapan untuk anda...
Hubungi kami sekarang!!! 019 2696729 / 03 22834567

Subscribe to:
Posts (Atom)