Friday, June 10, 2011

Reiki for Broken Heart


Reiki , juga amat sesuai apabila anda dilanda masalah hati, masalah jiwa atau lebih tepat lagi masalah gangguan emosi. Bila keadaan jiwa terusik atau mengalami tekanan, biasanya pesakit akan merasa murung, sedih , kurang selera makan dan sering menangis kesedihan. Situasi ini jika dibiarkan berlarutan amatlah merugikan kerana akan membuatkan tenaga tubuh merosot dan tidak mendapat tenaga positif serta pemakanan sihat yang sepatutnya.
Apabila berlaku gangguan, chakra pada jantung yang memainkan peranan penting dalam cerapan tenaga kasih sayang akan menjadi kurang stabil dan tidak harmoni. Dengan Reiki, kestabilan dan keharmonian akan cuba dikembalikkan semula dan pesakit akan merasa lebih stabil dan berpijak di bumi nyata kembali.
Kesedihan hati akibat putus cinta atau disakiti, amatlah menekan jiwa seseorang andai diri tidak kuat dan emosi amat rapuh. Oleh itu anda harus bangkit dengan segera untuk mengembalikan semangat dalam diri anda bagi menempuhi kehidupan seterusnya kerana ini bukan titik tamat hidup anda!

Insyaallah kami akan cuba membantu untuk anda kembali bangkit dari kekeliruan, kemurungan dan kesedihan yang melampau. Walaupun begitu anda sendiri mestilah mahu dibantu dan inginkan penyembuhan.

 Maka sedikit tips untuk anda di samping rawatan bersama Reiki!

Tips:

1. Buat keputusan tepat untuk merawat dan menyembuhkan diri sendiri.

    - Anda haruslah dengan kesedaran mahukan diri untuk sembuh dan rawat diri kerana adakalanya sebahagian dari dalam diri menghalang dari menyembuh dengan sepenuhnya. Sebagai contoh; ingin kurangkan berat badan, pada awalnya begitu bersemangat namun bila masuk minggu yang berikutnya akan ada bahagian dari dalam diri anda yang berkata "siksanya nak kurus", "takkan selamanya tak boleh makan makanan kegemaran", dan lain-lain pernyataan yang berlawanan dengan keputusan yang anda ambil.

Atau contoh lain kalau hendak menjana lebih pendapatan dan kekayaan "kalau kaya nanti mesti lebih banyak masalah", " nak menguruskan kekayaan amat berat dan meletihkan", dab sebagainya. Maka selamanya kita terperangkap dalam kemelut masalah tersebut.

Oleh itu jika diri benar-benar ingin sembuh , terutama melibatkan hati dan perasaan, jiwa dan emosi maka haruslah bulatkan hati, fokuskan pemikiran ke arah lebih sihat dan jiwa bebas dari cengkaman kepedihan dan kesakitan. Pejamkan mata dan bayangkan setiap sudut dan setiap bahagian diri anda bebas dari segala tekanan dan menuju ke arah pemulihan yang positif. Lakukannya pada setiap hari untuk penyembuhan yang segera.


2. Layanan istimewa pada diri sendiri
- Anda harus lebih menghargai diri anda dengan melayan segala kehendak yang dahulunya banyak anda abaikan atau menolak. Pergilah ke tempat makan yang indah dan nikmati juadah yang enak dan memberi keriangan pada diri. Coklat, aiskrim atau kek atau apa saja. Nikmatilah tanpa rasa ragu dan bersalah. Ajaklah beberapa rakan anda untuk bersama bagi menambahkan keseronokan dan sambil itu nikmat lagu-lagu yang merdu dan sedap didengar. Berjalan dan bersiar-siar di taman yang indah sambil mendengar kicauan burung-burung dan menyedut udara segar dari alam sekitar. Senaman atau aktiviti riadah sememangnya amat baik untuk keadaan anda dan dapat melancarkan perjalanan dan akitiviti tubuh anda. Sel-sel anda lebih bergetar dengan sempurna dan ini memberi ruang pada energi penyembuhan untuk berlaku dengan lebih cepat.




3. Visualisation

Anda boleh jadi lebih kreatif  dengan menggambarkan susasana harmoni dan lebih baik tentang diri dan tubuh anda. Berdiri di tepi tingkap sambil memerhati matahari. Bayangkan cahaya matahari masuk dan mengalirkan tenaga positif sambil menghambat keluar tenaga negarif yang stagnant atau bertumpu pada tubuh anda. Rasakan energi ini di bahagian jantung dan emosi anda. Energi ini memberi nafas baru dan memberikan tenaga sembuh yang hebat dan menggembirakan anda. Anda rasa tenang dan gembira serta lebih bersemangat dari sebelumnya.



4. Buat sesuatu yang baru!
Anda boleh lakukan sesuatu yang baru yang belum pernah anda buat. Ada pelbagai aktiviti seperti aktiviti luar yang lasak, sukan permotoran, panjat bukit , atau lain-lain akitiviti luar yang boleh anda sertai untuk memberi kelainan dan semangat baru pada diri anda. Aktiviti menjahit, hiasan dalaman, belajar bermain alat muzik dan pelbagai akitiviti dalaman juga boleh anda lakukan untuk tujuan yang sama.