Thursday, October 7, 2010

Reiki Rawat Stress

Salam buat semua.

Kebelakangan ini ramai yang datang untuk mendapatkan rawatan akibat stress, tension, dan pelbagai tekanan terutama di tempat kerja. Kita sedia maklum dengan kitaran masa dan pergerakan yang begitu pantas di kota maupun di mana saja kini sedikit sebanyak telah memberi kesan pada ketenangan dan keharmonian diri. Pada wanita berkerja terutamanya, mahukah kita terus-terusan dalam keadaan yang tidak tenang? Keadaan murung? Keadaan yang tidak bersemangat untuk keluar berkerja dan memberi kesan pada layanan dan masa anda pada keluarga? Apakah tiada jalan keluar langsung untuk anda mengembalikan keceriaan dan senyuman dalam diri anda?
Jika anda terperangkap dalam keadaan ini dan merasa tersepit, terhimpit dengan apa jua situasi anda, maka datanglah bertemu kami segera. Dengan rawatan terapi Reiki, kami akan membantu untuk memulihkan tenaga anda, membantu menyahkan rasa tekanan dalam diri anda dan membantu untuk anda lebih fokus dan mampu untuk senyum ria kembali.

REIKI
Reiki merupakan terapi tenaga alam yang dapat membantu secara holistiknya bagi mengharmonikan dan menstabilkan kembali pusat tenaga diri anda dan seterusnya memancarkan gelombang tenaga sihat mengelilingi anda umpama perisai diri agar lebih teguh, lebih utuh, lebih sihat dan paling utama lebih tenang.
Ini adalah kerana melalui terapi ini ia dapat menghalusi dan merawati bukan sekadar minda anda yang serabut, tapi jiwa iaitu emosi anda, tubuh fizikal anda keseluruhannya dan jugak tahap kerohanian anda.
Ayuh, hubungi kami segera untuk sesi rawatan anda. Anda hanya perlu luangkan 30 hingga 40 minit masa anda untuk satu sesi rawatan , anda tidak berbuat apa, ianya sungguh mudah dan ringkas. Atau jika anda terlalu sukar untuk hadir, maka hubungi kami untuk rawatan jarak jauh yang juga boleh dilaksanakan. Kembalikan semula kejelitaan dan cahaya dalam diri anda.


Berkerjalah dengan rasa tenang dan gembira.
Kembalikan rasa bebas dan semangat dalam diri anda!

No comments:

Post a Comment