Friday, July 1, 2011

Reiki Itu Mudah

Salam.

Buat yang masih baru dan cuba untuk memahami apa itu Reiki, izinkan saya secara mudahnya untuk cuba memahamkan anda akan apa itu Reiki dan bagaimana yang dikatakan Reiki, atau Terapi Reiki itu sendiri.

Seringkali soalan yang diutarakan apabila ada client baru yang datang maka soalan favorite nya pasti tentang apa itu Reiki? Macam mana yang dikatakan Rawatan Reiki? Reiki ni boleh rawat apa? Berapa kali nak datang rawatan? Dari segi agama? Reiki ini macam urut ke?

Ok..Reiki sebenarnya merupakan satu teknik rawatan yang dikenali sebagai 'the healing touch' atau merawat dengan secara sentuhan. Sentuhan yang bagaimana? Sebenarnya itu hanya pada nama glamornya saja, namun asasnya adalah teknik rawatan ini akan menggunakan tangan dan diletakan pada titik2 atau point tertentu tubuh yang juga dikenali sebagai pusat tenaga atau chakra dan dialirkan tenaga pada bahagian itu. Tenaga apa pulak yang dialirkan?

Reiki itu sendiri bermaksud, Rei ; alam / semulajadi,  dan  Ki; Tenaga, maka ringkasnya Reiki bermaksud tenaga dari alam semulajadi yang kita semua gunakan ini. Tenaga siapakah alam ini? Persoalan yang pastinya mudah untuk anda semua jawab iaitu tenaga Yang Maha Kuasa...Yang Maha Mencipta...

Bagaimana dialirkan? Proses mengalirkan tenaga dari perawat ini secara mudahnya seolah anda mendokan seseorang itu dgn tangan anda namun diletakan pada tempat sakit tubuh badan seseorang itu. Seperti di tv anda sering menonton rancangan rawatan shifa, atau terapi Al Quran, teknik dan tatacaranya hampir sama. Malah merawat satu sistem tubuh yang sama.

Pesakit hanya perlu redha dan ingin sembuh, perlu bersikap terbuka dan terima apa saja penyembuhan yang berlaku kerana kuasa penyembuhan bukan milik perawat itu sendiri , hanya Yang Maha Menyembuhkan. Pesakit cuma perlu berbaring, atau boleh juga dalam keadaan duduk, tanpa perlu membuka baju atau berada di dalam keadaan yang tidak sopan atau menjolok mata. Proses rawatan biasanya di antara 30 ke 40 minit utk satu sesi dan adakalanya lebih mengikut kes dan keadaan kesihatan masing-masing.

Berapa kali perlu datang? kita biasa makan ubat doktor pun sekurang-kurangnya 3 kali sehari utk beberapa hari , maka sebaiknya dtglah beberapa kali pada awal proses penyembuhan antara 3 hingga 5 kali utk anda lebih merasakan keberkesanannya. Kerana pada penyembuhan yang pertama kali itu adakalanya hanya dapat melakukan healing dan cleansing pada tahap 40 hingga 60 peratus bergantung pada situasi anda. Adakalanya lebih dan adakalanya kurang. Jika anda telah mengidap sesuatu penyakit atau berada dalam sesuatu situasi selama berpuluh tahunnya takkanlah anda mengharapkan keajaiban sekali rawatan utk sembuh sekelip mata.

Penyakit yang boleh anda rawat dgn Reiki merangkumi minda, rohani, fizikal, dan emosi. Andai anda stress, trauma, kecewa, kurang semangat, letih, migrain, anak nakal, kerja bermasalah, masalah hubungan, gangguan dan bermcm lagi perkara yang ingin anda sembuhkan, maka dgn Reiki insyaallah dgn izinNya akan dapat membantu anda.

Insyaallah dari segi agama, dari saya yang kurang arif ini, saya rasa selama yang saya praktiskan Reiki tidak pula terlintas pada fikiran saya akan perkara yang boleh memesongkan akidah apatah lagi pegangan agama.. kerana apa saja yang dilakukan semasa proses rawatan, tidak putus-putus berteraskan dgn doa dan ayat-ayat suci yang  didoakan bagi menyembuhkan dan merawat pesakit dan sesungguhnya sebagai insan biasa , kami akur kuasa penyembuhan hanya milikNya, kami hanya pelakunya sahaja, pengalir tenagaNya.

Teknik Reiki hanya meletakkan tangan atau beaming pada aura iaitu kira-kira beberapa sentimeter dari tubuh, dan bukannya seperti mengurut atau teknik sentuhan lain yang boleh mendatangkan keraguan dan ketidakselesaan. Kiranya merawat bagi berlainan jantina, dinasihatkan ada muhrim dan kehadiran orang lain bagi mengelakkan salah faham dan sebagainya. Teknik rawatan Reiki juga tida kasar atau keras seperti teknik memancung , atau memaksa-maksa sesuatu seperti dalam setengah teknik rawatan tradisional.

Oleh itu adalah diharapkan anda semua jelas dan faham setidak-tidaknya asas rawatan Reiki ini yang sebenarnya boleh dipelajari oleh sesiapa sahaja.

Untuk penerangan lebih lanjut anda boleh hubungi kami dan tetapkan temujanji anda!!!