Wednesday, January 25, 2012

Reiki Jarak Jauh Kaki Patah

Salam buat semua.

Hari ini saya ingin berkongsi satu kisah perawatan secara jarak jauh. Seorang kakak kepada rakan yang berada di luar Kuala Lumpur telah ditimpa musibah terjatuh dan kakinya telah disahkan patah oleh doktor.
Pada hari kejadian itu saya telah dihubungi dan diminta agar sama-sama dapat membantu menenangkan dan merawat keadaan kaki beliau.

Gambar x-ray dikirim secara mms ke handphone saya . Seperti biasa setelah saya scan , dan beberapa kali memastikan keadaan kaki beliau, lalu saya mulakan rawatan jarak jauh. Dengan niat mengalirkan tenaga penyembuhan dari Maha Pencipta, saya mengimaginasikan bahawa tulangnya yang retak dan patah disatukan kembali. Beberapa kali saya lakukan dan dalam hati tak putus berdoa agar proses penyembuhan berlaku dengan kadar segera dan tidak menyulitkan beliau.

Alhamdulilah sejak daripada dibalut di hospital hinggalah hari-hari berikutnya beliau tidak merasa langsung akan denyutan atau kesakitan. Beliau juga turut hairan kerana tidak merasa kesakitan dan malam tersebut beliau boleh berehat dan tidur seperti biasa.



Alhamdulilah kini beliau beransur pulih dan didoakan agar segera dapat berjalan seperti biasa. Ya, saya masih melakukan proses healing jarak jauh secara berkala pada beliau.