Monday, January 17, 2011

Distance Healing

Penyembuhan Jarak Jauh Ramai yang kurang mengetahui bahawa Terapi Reiki ini juga boleh dilakukan secara jarak jauh iaitu dengan tanpa pesakit menghadirkan diri di tempat rawatan pada ketika rawatan tersebut dilaksanakan. Tenaga penyembuhan masih boleh dialirkan walaupun pesakit berada di mana saja dan ianya sama efektif dengan terapi yang dilakukan secara hadir diri. Namun untuk mendapatkan pengalaman terapi dan sensasi-sensasi yang mungkin berbeza, pada kebiasaannya digalakkan untuk pesakit datang sendiri dan merasai pengalaman sewaktu sesi terapi dijalankan. Terapi secara jarak jauh ini boleh dilakukan dengan pesakit membuat janji dengan perawat waktu dan tarikh yang dipersetujui bersama atau perawat boleh melaksanakan terapi ini pada bila-bila masa yang dirasakan sesuai tanpa perlu pesakit menyedari atau mengetahui sesi tersebut sedang berlangsung.

Tuesday, January 4, 2011

Reiki for Self Confidence

Salam Tahun Baru 2011 buat semua!

Sudah pasti di awal tahun ini semuanya segar dan bertenaga serta aktif menjalani aktiviti harian dan pelbagai rutin semasa. Pelbagai 'task' atau tugasan sudah pasti menanti kita semua bagi menjana rezeki , menjaga bahagia, menjana sihat dan lain-lain lagi.

Namun adakah kita yakin sepenuhnya dgn segala tugas dan amanah yg dipertanggungjawabkan utk kita laksanakan? Adakah kadang-kadang kita merasa was-was? kurang yakin? takut dan tak bersemangat? atau kurang motivasi?

Itu adalah tandanya ada sekatan tenaga pada sistem tubuh yang menghalang dari menjanakan semangat dan 'drive' yang tinggi dalam diri. Tahukah anda bahawa REIKI dapat memecahkan sekatan dan halangan itu ? dan mengembalikan keharmonian pada kawasan tubuh anda yang terdedah pada halangan tersebut.. melalui terapi alami ini jua dpt menyuntik kembali keyakinan, kepercayaan diri dan semangat baru bagi anda menghadapi 'challenge' atau cabaran di tahun ini. Jangan berlengah lagi dan jgn biarkan diri anda dlm belenggu lagi. Hadirkan diri utk rasai pengalaman hebat bersama Reiki.

Tingkatkan pengaliran darah yang baik dalam diri anda, rendahkan tekanan , harmonikan sistem endokrin anda, kemakmuran dlm penghadaman, hilangkan kesakitan pada tulang, sendi, kepala, legakan trauma lepas, masa kini dan risau masa hadapan... percayalah...Anda akan lebih yakin boleh menghadapi apa saja yg mendatang.

Tubuh yang sihat, minda yang tenang, fizikal yang bertenaga, kerohanian yang pasrah..Insyaallah..segalanya pasti mudah... masih ada harapan untuk anda...

Hubungi kami sekarang!!! 019 2696729 / 03 22834567