Monday, January 17, 2011

Distance Healing

Penyembuhan Jarak Jauh Ramai yang kurang mengetahui bahawa Terapi Reiki ini juga boleh dilakukan secara jarak jauh iaitu dengan tanpa pesakit menghadirkan diri di tempat rawatan pada ketika rawatan tersebut dilaksanakan. Tenaga penyembuhan masih boleh dialirkan walaupun pesakit berada di mana saja dan ianya sama efektif dengan terapi yang dilakukan secara hadir diri. Namun untuk mendapatkan pengalaman terapi dan sensasi-sensasi yang mungkin berbeza, pada kebiasaannya digalakkan untuk pesakit datang sendiri dan merasai pengalaman sewaktu sesi terapi dijalankan. Terapi secara jarak jauh ini boleh dilakukan dengan pesakit membuat janji dengan perawat waktu dan tarikh yang dipersetujui bersama atau perawat boleh melaksanakan terapi ini pada bila-bila masa yang dirasakan sesuai tanpa perlu pesakit menyedari atau mengetahui sesi tersebut sedang berlangsung.

No comments:

Post a Comment