Tuesday, August 2, 2011
Friday, July 1, 2011
Reiki Itu Mudah
Salam.
Buat yang masih baru dan cuba untuk memahami apa itu Reiki, izinkan saya secara mudahnya untuk cuba memahamkan anda akan apa itu Reiki dan bagaimana yang dikatakan Reiki, atau Terapi Reiki itu sendiri.
Seringkali soalan yang diutarakan apabila ada client baru yang datang maka soalan favorite nya pasti tentang apa itu Reiki? Macam mana yang dikatakan Rawatan Reiki? Reiki ni boleh rawat apa? Berapa kali nak datang rawatan? Dari segi agama? Reiki ini macam urut ke?
Ok..Reiki sebenarnya merupakan satu teknik rawatan yang dikenali sebagai 'the healing touch' atau merawat dengan secara sentuhan. Sentuhan yang bagaimana? Sebenarnya itu hanya pada nama glamornya saja, namun asasnya adalah teknik rawatan ini akan menggunakan tangan dan diletakan pada titik2 atau point tertentu tubuh yang juga dikenali sebagai pusat tenaga atau chakra dan dialirkan tenaga pada bahagian itu. Tenaga apa pulak yang dialirkan?
Reiki itu sendiri bermaksud, Rei ; alam / semulajadi, dan Ki; Tenaga, maka ringkasnya Reiki bermaksud tenaga dari alam semulajadi yang kita semua gunakan ini. Tenaga siapakah alam ini? Persoalan yang pastinya mudah untuk anda semua jawab iaitu tenaga Yang Maha Kuasa...Yang Maha Mencipta...
Bagaimana dialirkan? Proses mengalirkan tenaga dari perawat ini secara mudahnya seolah anda mendokan seseorang itu dgn tangan anda namun diletakan pada tempat sakit tubuh badan seseorang itu. Seperti di tv anda sering menonton rancangan rawatan shifa, atau terapi Al Quran, teknik dan tatacaranya hampir sama. Malah merawat satu sistem tubuh yang sama.
Pesakit hanya perlu redha dan ingin sembuh, perlu bersikap terbuka dan terima apa saja penyembuhan yang berlaku kerana kuasa penyembuhan bukan milik perawat itu sendiri , hanya Yang Maha Menyembuhkan. Pesakit cuma perlu berbaring, atau boleh juga dalam keadaan duduk, tanpa perlu membuka baju atau berada di dalam keadaan yang tidak sopan atau menjolok mata. Proses rawatan biasanya di antara 30 ke 40 minit utk satu sesi dan adakalanya lebih mengikut kes dan keadaan kesihatan masing-masing.
Berapa kali perlu datang? kita biasa makan ubat doktor pun sekurang-kurangnya 3 kali sehari utk beberapa hari , maka sebaiknya dtglah beberapa kali pada awal proses penyembuhan antara 3 hingga 5 kali utk anda lebih merasakan keberkesanannya. Kerana pada penyembuhan yang pertama kali itu adakalanya hanya dapat melakukan healing dan cleansing pada tahap 40 hingga 60 peratus bergantung pada situasi anda. Adakalanya lebih dan adakalanya kurang. Jika anda telah mengidap sesuatu penyakit atau berada dalam sesuatu situasi selama berpuluh tahunnya takkanlah anda mengharapkan keajaiban sekali rawatan utk sembuh sekelip mata.
Penyakit yang boleh anda rawat dgn Reiki merangkumi minda, rohani, fizikal, dan emosi. Andai anda stress, trauma, kecewa, kurang semangat, letih, migrain, anak nakal, kerja bermasalah, masalah hubungan, gangguan dan bermcm lagi perkara yang ingin anda sembuhkan, maka dgn Reiki insyaallah dgn izinNya akan dapat membantu anda.
Insyaallah dari segi agama, dari saya yang kurang arif ini, saya rasa selama yang saya praktiskan Reiki tidak pula terlintas pada fikiran saya akan perkara yang boleh memesongkan akidah apatah lagi pegangan agama.. kerana apa saja yang dilakukan semasa proses rawatan, tidak putus-putus berteraskan dgn doa dan ayat-ayat suci yang didoakan bagi menyembuhkan dan merawat pesakit dan sesungguhnya sebagai insan biasa , kami akur kuasa penyembuhan hanya milikNya, kami hanya pelakunya sahaja, pengalir tenagaNya.
Teknik Reiki hanya meletakkan tangan atau beaming pada aura iaitu kira-kira beberapa sentimeter dari tubuh, dan bukannya seperti mengurut atau teknik sentuhan lain yang boleh mendatangkan keraguan dan ketidakselesaan. Kiranya merawat bagi berlainan jantina, dinasihatkan ada muhrim dan kehadiran orang lain bagi mengelakkan salah faham dan sebagainya. Teknik rawatan Reiki juga tida kasar atau keras seperti teknik memancung , atau memaksa-maksa sesuatu seperti dalam setengah teknik rawatan tradisional.
Oleh itu adalah diharapkan anda semua jelas dan faham setidak-tidaknya asas rawatan Reiki ini yang sebenarnya boleh dipelajari oleh sesiapa sahaja.
Untuk penerangan lebih lanjut anda boleh hubungi kami dan tetapkan temujanji anda!!!

Friday, June 10, 2011
Reiki for Broken Heart
Reiki , juga amat sesuai apabila anda dilanda masalah hati, masalah jiwa atau lebih tepat lagi masalah gangguan emosi. Bila keadaan jiwa terusik atau mengalami tekanan, biasanya pesakit akan merasa murung, sedih , kurang selera makan dan sering menangis kesedihan. Situasi ini jika dibiarkan berlarutan amatlah merugikan kerana akan membuatkan tenaga tubuh merosot dan tidak mendapat tenaga positif serta pemakanan sihat yang sepatutnya.
Apabila berlaku gangguan, chakra pada jantung yang memainkan peranan penting dalam cerapan tenaga kasih sayang akan menjadi kurang stabil dan tidak harmoni. Dengan Reiki, kestabilan dan keharmonian akan cuba dikembalikkan semula dan pesakit akan merasa lebih stabil dan berpijak di bumi nyata kembali.
Kesedihan hati akibat putus cinta atau disakiti, amatlah menekan jiwa seseorang andai diri tidak kuat dan emosi amat rapuh. Oleh itu anda harus bangkit dengan segera untuk mengembalikan semangat dalam diri anda bagi menempuhi kehidupan seterusnya kerana ini bukan titik tamat hidup anda!
Insyaallah kami akan cuba membantu untuk anda kembali bangkit dari kekeliruan, kemurungan dan kesedihan yang melampau. Walaupun begitu anda sendiri mestilah mahu dibantu dan inginkan penyembuhan.
Maka sedikit tips untuk anda di samping rawatan bersama Reiki!
Tips:
1. Buat keputusan tepat untuk merawat dan menyembuhkan diri sendiri.
- Anda haruslah dengan kesedaran mahukan diri untuk sembuh dan rawat diri kerana adakalanya sebahagian dari dalam diri menghalang dari menyembuh dengan sepenuhnya. Sebagai contoh; ingin kurangkan berat badan, pada awalnya begitu bersemangat namun bila masuk minggu yang berikutnya akan ada bahagian dari dalam diri anda yang berkata "siksanya nak kurus", "takkan selamanya tak boleh makan makanan kegemaran", dan lain-lain pernyataan yang berlawanan dengan keputusan yang anda ambil.
Atau contoh lain kalau hendak menjana lebih pendapatan dan kekayaan "kalau kaya nanti mesti lebih banyak masalah", " nak menguruskan kekayaan amat berat dan meletihkan", dab sebagainya. Maka selamanya kita terperangkap dalam kemelut masalah tersebut.
Oleh itu jika diri benar-benar ingin sembuh , terutama melibatkan hati dan perasaan, jiwa dan emosi maka haruslah bulatkan hati, fokuskan pemikiran ke arah lebih sihat dan jiwa bebas dari cengkaman kepedihan dan kesakitan. Pejamkan mata dan bayangkan setiap sudut dan setiap bahagian diri anda bebas dari segala tekanan dan menuju ke arah pemulihan yang positif. Lakukannya pada setiap hari untuk penyembuhan yang segera.
2. Layanan istimewa pada diri sendiri
- Anda harus lebih menghargai diri anda dengan melayan segala kehendak yang dahulunya banyak anda abaikan atau menolak. Pergilah ke tempat makan yang indah dan nikmati juadah yang enak dan memberi keriangan pada diri. Coklat, aiskrim atau kek atau apa saja. Nikmatilah tanpa rasa ragu dan bersalah. Ajaklah beberapa rakan anda untuk bersama bagi menambahkan keseronokan dan sambil itu nikmat lagu-lagu yang merdu dan sedap didengar. Berjalan dan bersiar-siar di taman yang indah sambil mendengar kicauan burung-burung dan menyedut udara segar dari alam sekitar. Senaman atau aktiviti riadah sememangnya amat baik untuk keadaan anda dan dapat melancarkan perjalanan dan akitiviti tubuh anda. Sel-sel anda lebih bergetar dengan sempurna dan ini memberi ruang pada energi penyembuhan untuk berlaku dengan lebih cepat.
3. Visualisation
Anda boleh jadi lebih kreatif dengan menggambarkan susasana harmoni dan lebih baik tentang diri dan tubuh anda. Berdiri di tepi tingkap sambil memerhati matahari. Bayangkan cahaya matahari masuk dan mengalirkan tenaga positif sambil menghambat keluar tenaga negarif yang stagnant atau bertumpu pada tubuh anda. Rasakan energi ini di bahagian jantung dan emosi anda. Energi ini memberi nafas baru dan memberikan tenaga sembuh yang hebat dan menggembirakan anda. Anda rasa tenang dan gembira serta lebih bersemangat dari sebelumnya.4. Buat sesuatu yang baru!
Anda boleh lakukan sesuatu yang baru yang belum pernah anda buat. Ada pelbagai aktiviti seperti aktiviti luar yang lasak, sukan permotoran, panjat bukit , atau lain-lain akitiviti luar yang boleh anda sertai untuk memberi kelainan dan semangat baru pada diri anda. Aktiviti menjahit, hiasan dalaman, belajar bermain alat muzik dan pelbagai akitiviti dalaman juga boleh anda lakukan untuk tujuan yang sama.
Wednesday, May 25, 2011
Monday, May 2, 2011
Thursday, April 14, 2011
The New Look!
Salam ceria dan salam sihat buat semua!
* Berikut adalah wajah baru bilik terapi yang kami sediakan buat anda client yang dihargai sekelian.
* Ubahsuai ini untuk memberi sentuhan lebih tenang, harmoni dan membantu sewaktu sesi terapi dilaksanakan.

- MARI SEMUA SILA HADIRKAN DIRI UNTUK MENGALAMI SENDIRI PENGALAMAN TENANG DAN SIHAT BERSAMA REIKI!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)