Monday, December 13, 2010

Reiki for New Year


Masih tidak terlambat untuk kami mengucapkan Salam Maal Hijrah dan Selamat Menyambut Tahun Baru Masehi tidak lama lagi. Kita kini berada di antara dua tahun baru dan waktu-waktu begini amat sesuai bagi kita untuk recheck dan lihat kembali segala yang telah kita usahakan selama setahun ini. Adakah kita telah memenuhi segala azam dan impian yang kita aturkan di awal tahun dahulu? Itu jika kita benar-benar menyusun dan menyatakan segala impian kita. Jika kita tidak berbuat demikian, maka maasih belum terlambat utk mengatur dan mengemaskini segala hajat-hajat anda sekelian. Di waktu-waktu inilah kita bermuhasabah dan membuat penilaian kembali atas apa yang telah kita usahakan dan laksanakan. Cukupkah usaha kita? Cukupkah doa kita? Cukupkah tawakal kita? Cukupkah keseimbangan dalam hidup kita? Tahukah anda kita juga boleh energizekan segala impian atau wish list yang telah kita buat ini untuk lebih mempertenagakannya dengan tenaga postif, untuk lebih dipermudahkan bagi kita untuk mencapainya dgn berkat usaha dan doa kita. Reiki dapat membantu mengalirkan tenaga positif agar laluan dan cabaran menjadi lebih ringan dan mudah bagi kita. Agar kita lebih berserah dan bertawakal padaNya. Jika kita berdoa, kita juga sebenarnya menggetarkan tenaga positif dan gelombang-gelombang warna kerohanian. Dgn kerendahan dan keikhlasan hati kita , moga gelombang ini sampai pada destinasinya. Oleh itu, bagi yang menginginkan segala hajat dan impian anda untuk lebih dipermudahkan, boleh hubungi kami dan kami akan bantu dgn daya usaha yang ada. Namun haruslah diingat bahawa segala ketentuan ada datang dariNya jua. Tidak salah untuk kita terus usaha dan usaha demi mencapai kejayaan dan memperbaiki diri dari masa ke masa. Energizekan impian anda dgn Reiki!!!

Tuesday, November 9, 2010

House Cleansing


Jika ini berlaku, sila
berhubung dengan
konsultan / juruterapi
kami SEGERA!!!



KAMI AKAN BANTU ANDA!!!!!

Sebarang entiti, tenaga negatif atau apa saja yang mengganggu ketenteraman anda, akan kami pindahkan , bersihkan , keluarkan dan kami akan energizekan kembali dengan tenaga-tenaga positif alam.
Kembalikan kedamaian anda!!
Kembalikan keyakinan anda!!
Kembalikan tidur dan rehat anda!!
Kos bagi pembersihan dan pemuliharaan tenaga / energi adalah bergantung pada situasi, perkara-perkara yang harus dilakukan dan juga keluasan tempat atau kediaman.

Thursday, October 21, 2010

SESI TERAPI



Terapi Reiki amat mudah, ringkas dan merehatkan. Anda perlu hadirkan diri untuk merasakan kerehatan , ketenangan, penyembuhan dan mendapatkan aura sihat kembali. Hanya hadirkan diri, kami akan lakukan yang selebihnya. Ayuh, hubungi kami untuk tetapkan temujanji anda segera!!!

Tuesday, October 19, 2010

2 tahun REIKI@BANGSAR


Hari ni genap 2 tahun kami beroperasi secara rasminya di Bangsar. Dan kami masih teguh di sini untuk anda. Kami di sini bersedia menerima setiap kunjungan anda dengan hati terbuka. Ayuh, kunjungi kami di Kompleks Niaga Utama, Jalan Bangsar untuk mendapatkan sesi Reiki anda. Mari berkenalan dengan Reiki dan hidup anda lebih bermakna.

Reiki dapat membantu segala permasalahan kerohanian, minda, emosi malah fizikal anda. Anda akan lebih tenang, minda lebih fokus, lebih menggetarkan tenaga positif, suasana ceria di pejabat, rumah mahupun di mana saja.

Hubungi kami SEGERA!!! 019-2696729 !!!!

Thursday, October 7, 2010

Reiki Rawat Stress

Salam buat semua.

Kebelakangan ini ramai yang datang untuk mendapatkan rawatan akibat stress, tension, dan pelbagai tekanan terutama di tempat kerja. Kita sedia maklum dengan kitaran masa dan pergerakan yang begitu pantas di kota maupun di mana saja kini sedikit sebanyak telah memberi kesan pada ketenangan dan keharmonian diri. Pada wanita berkerja terutamanya, mahukah kita terus-terusan dalam keadaan yang tidak tenang? Keadaan murung? Keadaan yang tidak bersemangat untuk keluar berkerja dan memberi kesan pada layanan dan masa anda pada keluarga? Apakah tiada jalan keluar langsung untuk anda mengembalikan keceriaan dan senyuman dalam diri anda?
Jika anda terperangkap dalam keadaan ini dan merasa tersepit, terhimpit dengan apa jua situasi anda, maka datanglah bertemu kami segera. Dengan rawatan terapi Reiki, kami akan membantu untuk memulihkan tenaga anda, membantu menyahkan rasa tekanan dalam diri anda dan membantu untuk anda lebih fokus dan mampu untuk senyum ria kembali.

REIKI
Reiki merupakan terapi tenaga alam yang dapat membantu secara holistiknya bagi mengharmonikan dan menstabilkan kembali pusat tenaga diri anda dan seterusnya memancarkan gelombang tenaga sihat mengelilingi anda umpama perisai diri agar lebih teguh, lebih utuh, lebih sihat dan paling utama lebih tenang.
Ini adalah kerana melalui terapi ini ia dapat menghalusi dan merawati bukan sekadar minda anda yang serabut, tapi jiwa iaitu emosi anda, tubuh fizikal anda keseluruhannya dan jugak tahap kerohanian anda.
Ayuh, hubungi kami segera untuk sesi rawatan anda. Anda hanya perlu luangkan 30 hingga 40 minit masa anda untuk satu sesi rawatan , anda tidak berbuat apa, ianya sungguh mudah dan ringkas. Atau jika anda terlalu sukar untuk hadir, maka hubungi kami untuk rawatan jarak jauh yang juga boleh dilaksanakan. Kembalikan semula kejelitaan dan cahaya dalam diri anda.


Berkerjalah dengan rasa tenang dan gembira.
Kembalikan rasa bebas dan semangat dalam diri anda!

Friday, September 24, 2010

Touch of Healing

ANDA INGIN :

Kurangkan Sress / Tekanan? Mahu Lebih Rehat? Minda Lebih Fokus? Lebih Yakin? Diri Lebih Positif? Hubungan Lebih Harmoni? Atasi Trauma? Meningkatkan Keberkesanan Ubat-ubatan / Terapi Lain? Menarik Kekayaan dan Kemakmuran? Atasi Anak Degil / Malas? Anak Sukses Dalam Pelajaran?


SEGERA HUBUNGI KAMI !
Kami menawarkan khidmat :
* Terapi Penyembuhan REIKI / Holistic Healing
* Penyembuhan Jarak Jauh
* Pemuliharaan Energi Rumah / Premis
* Digital Meridian Analisis
* Kaunseling & Konsultasi

Sunday, August 29, 2010

REIKI HEALING


REIKI



FEEL BETTER, LIVE BETTER

Terapi Reiki ialah terapi holistik yang membantu penyembuhan Fizikal, Mental, Emosi & Rohani untuk kehidupan yang lebih sihat dan harmoni. Sesuai untuk semua golongan jua membantu mempercepatkan penyembuhan secara semulajadi.
REIKI ; MUDAH , RINGKAS DAN ALAMI
Faedah Terapi :
- Mengurangkan tekanan/stress
- Memberi lebih kerehatan
- Minda lebih fokus
- Meningkat keyakinan diri
- Hubungan lebih harmoni
- Atasi trauma
- Meningkatkan keberkesanan ubat-ubatan atau terapi lain
- Diri lebih positif
- Menarik kemakmuran